IMETC 2018 : Majlis Perasmian

 

International Malaysian Educational Technology Convention ( IMETC 2018 ) dengan bertemakan ” Connectivism in Education between Plugged and Unplugged” telah dilaksanakan  dengan jayanya dari 24 -26 September 2018 di BTPN Pahang. IMETC 2018 telah disertai oleh peserta dari IPTA, IPTS , KPM dan guru dan pelajar sekolah di daerah Kuantan.

Majlis perasmian IMETC2018 telah diadakan pada 24 September 2018 dan disempurnakan oleh  Ybhg Haji Abdul  Rahim Bin Mohd Yunus, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah. Majlis perasmian telah diserikan dengan persembahan multimedia yang bertema ” Connectivism in Education : between plugged and unplugged”. Seterusnya beliau sempat melihat pameran yang telah disertai oleh Open Universiti Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Sains Malaysia, Widad University College, dan Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia.