IMETC2015 – Daftar Sekarang!

imetc2015

IMETC2015 adalah Persidangan Antarabangsa yang ke 9 dianjurkan oleh Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia. Persidangan kali ini akan diadakan dari 13 – 15 September 2015 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan, bertempat di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Tema persidangan kali ini adalah “21st Century Teaching and Learning Design”

Sila layari laman web http://imetc2015.yolasite.com/ untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

 

 

Congratulations Prof

prof rozhanWe the Exco members of PTPM-META are indeed proud Prof. Dr. Hj. Rozhan Mohammed Idrus one of our Exco members have been appointed as the Director for Global Open Access Learning Centre ( GOAL ) , USIM. This appointment is in line with the vast experience of Prof Dr Rozhan and to ensure that GOAL will effectively play its role to inflate the utilization and acculturation of e-learning in USIM alignment with the National e-Learning Policy (DePAN – Dasar e-Pembelajaran Negara).

All the best to you Prof in your new post.

For more details go HERE

Pengarah BTP

Peng BTP
En Zaidi b. Yazid

Tahniah diucapkan kepada En Zaidi b. Yazid di atas lantikan sebagai Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia yang baru mulai 16 Februari 2015. Beliau adalah Mantan Pengarah , Kolej Matrikulasi Johor. Beliau menggantikan Pn Rosnani bt Mohamed yang telah bersara . Sebagai Penasihat kepada PTPM, ahli exco PTPM mengucapkan Jutaan Terima kasih kepada Mantan Pengarah BTP dan mengalu-alukan lantikan En Zaidi b. Yazid sebagai Pengarah BTP

Mesyuarat JK Induk PTPM-META 2/2015

Mesyuarat JK Induk PTPM 2/2015 akan diadakan di BTPN Sgor dari 20-21 Mac 2015.
20 Mac 2015

Checkin : 3.00 ptg
Mesy bermula :8.30 – 10.30mlm

21 Mac 2015

Bermula 8.00pg. – 5.00ptg

Alamat dan Lokasi BTPN Selangor
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
Jalan Kepuk 19/2, Seksyen 19,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03 – 5548 4450 / 4477 | Faks : 03 – 5548 4480

Peta Lokasi
https://goo.gl/maps/FqtZC

Tahniah Profesor Dr. Mohd Sahandri

sahandri

Exco PTPM dengan bangganya ingin mengucapkan Tahniah kepada  Profesor Dr. Mohd Sahandri Gani Hamzah di atas lantikan sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa , Universiti Pendidikan Sultan Idris yang baru kuatkuasa mulai 15 Feb 2015.

Barisan Exco PTPM 2014 – 2016

exco ptpm

 

Inilah barisan Exco PTPM yang telah dilantik selepas Mesyuarat Agung yang ke 27 pada 4 Nov 2014 di Concord Inn KLIA.

Barisan Depan ( Dari Kiri ke Kanan ) Prof Dr. Rohzan b. M. Idrus ( AJK – IMETC 2015 Chairman ), Datuk Hashim bin Abu Hussain ( Tim Presiden ), Dr. Mahizer bin Hamzah ( Presiden ), Prof Madya Dr. Hj. Mohd Arif bin Hj. Ismail ( Naib Presiden ), Hj Mohd Sanusi Saseetharan b. Abdullah ( Setiausaha Kehormat )

Barisan Belakang ( Dari Kiri ke Kanan ) Dr. Abdul Hadi b. Mat Dawi ( AJK ), Prof. Dr. Yusup bin Hashim ( AJK ), En Azmy Bin Ahmad ( AJK ), En. Sarvana Prelatha    ( AJK ), En. Abd. Aziz bin Jamaludin ( Bendahari ), Prof. Dr. Mohd Sahandri Gani bin Hamzah ( AJK ), Pn Zabidah Binti Salleh ( Juruaudit ), Dr. Rosnaini bt. Mahmud  ( Juruaudit ) dan Hj. Muhammad Zaki Mohd Yusof ( AJK ).

Tidak berada bersama di dalam Foto adalah Pn Nor  Fadzleen bt. Sa’don ( Pen Setiausaha )

 

 

Permulaan PTPM…

Pada 18 hingga 20 Jun 1987 telah diadakan satu konvensyen Teknologi Pendidikan anjuran Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia bertempat di Institut Pengurusan Pendidikan Negara (kini dikenali sebagai Institut Aminuddin Baki). Dalam konvensyen itu, idea telah dikemukakan melalui pembentangan satu kertaskerja oleh Pengarah, Bahagian Pusat Sebaran Pendidikan pada ketika itu iaitu Puan Seri Datin Hafsah Bt. Hj. Nasir. Usul beliau telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada semua peserta konvensyen. Di konvensyen itu salah satu rumusannya ialah supaya ditubuhkan Persatuan Kebangsaan Teknologi Pendidikan. Sehubungan dengan itu, satu jawatankuasa protem atau penaja telah dilantik. Fungsi utama jawatankuasa protem ialah membuat persediaan awal dan meninjau kemungkinan penubuhan PTPM (Laporan Tahunan PTPM, 1994-95).
Jawatankuasa protem ini telah dipengerusikan oleh Profesor Madya Puan Sri Dr. Rohana Zubir. Jawatankuasa ini telah merintis jalan dan mengadakan beberapa siri mesyuarat dengan pelbagai pihak dengan matlamat utama usahanya ialah merealisasikan penubuhan PTPM.